Monday 17 September 2012

Berbaloi-baloi dengan Nutriferon Shaklee


Nutriferon Shaklee.
Diuji secara klinikal, penggalak interferon semulajadi.*

Setiap orang yang berlainan mempunyai sistem imun yang berbeza. Sistem imun kita ialah bagaimana kita melawan jangkitan kuman dan penyakit. Kadang-kadang sistem imun tidak berfungsi dengan betul dan dengan itu kita perlu sistem imunisasi tambahan untuk meningkatkan imuniti kita. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa orang di bawah tekanan kronik juga boleh mempunyai sistem imun yang lemah. Diet yang tidak betul juga satu lagi faktor yang boleh membawa kepada sistem ketahanan buruk. Pemakanan yang betul dan berkhasiat memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan sistem imun badan manusia.

Pada tahun 1950-an, saintis mula mencari cara bagaimana badan melindungi dirinya daripada virus, yang membawa kepada penemuan interferon, suatu protein semulajadi yang mencetuskan sistem imun badan untuk menyerang mikrob penceroboh dan merangsang keupayaan sistem daya tahan badan untuk melancarkan suatu gerak balas imun. Pengeluaran interferon dalam badan kini boleh dirangsang secara semulajadi pada individu yang sihat melalui tambahan diet baru yang dipanggil NutriFeron ™ *.

Perbezaan Shaklee (The Shaklee Difference)
  • Dibangunkan oleh saintis (immunologist) Jepun, Dr. Yasuhiko Kojima yang pertama kali menemui interferon pada tahun 1954 semasa menjalankan kajian di Tokyo University.  

  • NutriFeron ™ adalah hasil lebih daripada 40 tahun penyelidikan tentang sebatian yang mencetuskan interferon semulajadi. Selepas pemeriksaan, ujian dan menilai lebih daripada 200 herba yang berbeza, Dr. Kojima berjaya mengasingkan gabungan ramuan botani yang meningkatkan pengeluaran interferon oleh badan secara semulajadi.

  • Formulasi yang  dipatenkan dari Dr. Kojima ini eksklusif ditawarkan melalui Shaklee Corporation sahaja. Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.


Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan *:
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong
    pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.

Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.

Siapa yang memerlukan NutriFeron set ini?
  • Individu sihat yang ingin kukuhkan sistem imun badan.
  • Individu yang menghadapi masalah sistem imun rendah atau sebarang penyakit yang berkaitan dengan imuniti/antibodi seperti flu,demam,cancer,asma... (tetapi harus diingat yer yang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh sebarang jenis penyakit. Ajal maut ditangan Tuhan..kita sebagai manusia hanya berusaha dan berikhtiar)
  • Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  • Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
  • Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Set Total Wellness Connection Shaklee yang ade Nutriferon:
1) Immune Booster set : Nutriferon, Vita-C, Zinc Complex, Garlic
2) Revitalizing Set : DTX Complex, Nutriferon
3) Anti Aging Set : Vivix, Nutriferon, ESP


Jangan lupa pengambilan supplement mestilah diikuti dengan minum air masak yang kerap.. dan juga Berdoa pada Allah SWT. Mohon supaya membantu meringankan masalah anda..insyaAllah.
Bersabarlah diatas ujian Allah,

sabda Rasulullah SAW;
"sesiapa yang dikehendaki Allah kebaikkan, nescaya akan diujiNya orang itu."

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi saya...Jangan malu, Jangan segan...

Hubungi Mesra Pelanggan Anda:

PM: SufiahNoor Nordin
SMS|WhatsApp: 0192262939
email:nsufiah@gmail.com

Kebaikkan GLA Shaklee...






GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan

hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita.Ia sangat
membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya
masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan GLA vitamin Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.

 Selain itu :-
GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran
haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh
badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu
badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga
matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6.

Apakah Kelebihan GLA Complex ???
  
1- Menggalakkan kesihatan semasa kitaran Haid
2- Menyokong sistem imun
3- Setiap kapsul Shaklee GLA Complex mengandungi asid-asid lemak utama daripada campuran minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard Omega, iaitu antioksidan Shaklee yg. eksklusif untuk memastian keberkesanan penuh dan kesegaran GLA tersebut.
4- Dalam GLA terdapat Vitamin -E yang mana membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriiti sel.
5- Membantu meningkatkan kesuburan
6- Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
7- Membantu dalam menangani menopus
8- Menguatkan kuku dan rambut
9- Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
10- Membantu menangani ekzema
11- Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
12- Menguatkan imuniti tubuh
13- Memperlahankan proses penuaan (awet muda)
14- Mengurangkan blod-clot yg boleh menyebabkan serangan jantung
15- Mengawal kencing manis dan darah tinggi
16- Membantu mengawal kolestrol dalam badan


Siapa yg memerlukan GLA:-

GLA diperlukan bagi
golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS. GLA
sangat diperlukan oleh pengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan
mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan.

Disini juga kelebihan GLA boleh membakar lemak sewaktu tidur..Sebab tu disyorkan GLA di ambil sebelum tidur kerana ia dapat melakukan proses pebakaran lelemak sewaktu tidur…


Jangan lupa pengambilan supplement mestilah diikuti dengan minum air masak yang kerap.. dan juga Berdoa pada Allah SWT. Mohon supaya membantu meringankan masalah anda..insyaAllah.
Bersabarlah diatas ujian Allah,

sabda Rasulullah SAW;
"sesiapa yang dikehendaki Allah kebaikkan, nescaya akan diujiNya orang itu."

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi saya...Jangan malu, Jangan segan...

Hubungi Mesra Pelanggan Anda:

PM: SufiahNoor Nordin
SMS|WhatsApp: 0192262939
email:nsufiah@gmail.com

Thursday 13 September 2012

Hindari Pain Killer ...

Topic harini mmg pasal sakit kepala...

Tadi ada terbaca dalam blog kak cery pasal sumplement shaklee yang sesuai utk sakit kepala dan migrain ni.
Jom kita tengok apa supplement yang sesuai.


sumber: Kak Cery

Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.Kenapa supplement lebih baik dari ubat?Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.


Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:


  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat




Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti bolehmembantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. ...



Lepas ni boleh laa cuba ni....Jangan lupa pengambilan supplement mestilah diikuti dengan minum air masak yang kerap.. dan juga Berdoa pada Allah SWT. Mohon supaya membantu meringankan sakit kepala anda..insyaAllah.
Bersabar lah diatas ujian Allah,

sabda Rasulullah SAW;
"sesiapa yang dikehendaki Allah kebaikkan, nescaya akan diujiNya orang itu."

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi saya...Jangan malu, Jangan segan...

Hubungi Mesra Pelanggan Anda:

PM: SufiahNoor Nordin
SMS|WhatsApp: 0192262939
email:nsufiah@gmail.com



Sakit Kepala / Migrain..boleh dicegah dan dirawat dengan supplement.

Harini aku tak de mood langsung nak wat keje opis..rakan sekerja aku pulak MC katanya migraine.Aku pulak kat opis ni betul-betul sakit kepala dari semalam lagi...

Sakit kepala dan migrain tu tak sama ke? dua-dua nya sakit..

Malas buat keje, aku pun ber'google' laa kejab nk release tension...

apa yg aku jumpa.... dlm blog drzubaidi katanya..

~Kira-kira 12-15% warga dunia iaitu seramai 28 juta orang, yang mengalami migraine ni..Simptom2 nya mungkin dimulakan seperti seolah-olah melihat percikan pancaran cahaya, kabur pandangan mata, rasa kebas di lengan atau kaki atau mungkin dimulai denagn perasaan resah tanpa dikutahui sebab nya..Akibatnya pengidap migrain akan merasa sakit kepala yang kuat dan berdenyut-denyut di sebelah kepala.(haa..macam aku ni) di ikuti denagn loya, muntah, dan amat sensetif pada cahaya dan bunyi bising..

Apa yang aku nak tekan kan kat sini, part yang paling aku suka..
~Saya ada membaca sebuah jurnal perubatan baru-baru ini, memberitahu bahawa amalan supplement vit B2, B6, b 12 dan asid folic dapat membantu mengurangkan kekerapan, tahap serius dan jangka masa kesengsaraan yang disebabkan migrain. Kajian yang dilakukan menunjukan pengambilan supplement itu telah mengurangkan kekerapan serangan migraine antara 30-50% jika di amalkan selama 3- 6 bulan.

Drzubaidi ada juga kongsikan antara vitamin B dan kesan kekurangan nya.

Vitamin B2 (Reboflavin) kesan kekurangannya ~ Penyakit ariflavinosis.  Simptom: merekah pada bibir, sangat sensitive pada cahaya matahari. Penyakit glossitis (radang pada lidah), kegatalan dan ruam pada kulit dan mungkin pada kemaluan, sakit tekak.

Vitamin B6 (Pyridoxine) kesan kekurangannya ~ Penyakit microcytic anemia, simptom: kemurungan, kegatalan kulit,tekanan darah tinggi.

Vitamin B9(asid folic) kesan kekurangan nya ~ Penyakit microcytic anemia, Kekurangan pada wanita hamil mengakibatkan kecacatan bayi.

Penyakit macrocytic anemia,peripheral neuropathy (kerosakan saraf), mudah lupa dikalangan warga tua.

Vitamin B12 (cobalamin) kesan kekurangan nya ~ Penyakit Autoimmune pernicious anemia, Penyakit jiwa (mania dan psychosis)

Ada kajian yang menyebut pengambilan vitamin B2(Riboflavin) setiap hari akan mencegah migrain. B2 sbnrnya dipelukan oleh sel tubuh untuk menjana tenaga. Jika tenaga yang diperolehi tidak mencukupi akibat ' mitochondria' yang menjadi 'powerhouse' tidak mendapat vitamin itu, kekurangan tenaga ini lah akan menyebabkan migrain.

Ok maklumat lanjut boleh lawat blog beliau drzubaidi. Terima kasih dr kerana berkongsi info ini.


B- Complex dari jenama Shaklee. Kenapa?


Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif~Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. ~Mudah di telan. ~Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin



Bagaimana memilih B kompleks terbaik..Antaranya mestilah ada ciri-ciri berikut:

1-mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B - B1,B2,B3,B5,B6,B12, asid folik dan biotin sebagaimana 
    dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada amsa yang sama)
2- Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
3- Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3, dan B12 tidak terlalu besar.
4- Elakkan pengambilan B complex yang menawarkan rumusan larut air (sustained release)

~~Lepas ni jom amalkan pengambilan vitamin B Kompleks...


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Sebarang Pertanyaan boleh hubungi saya...Jangan malu, Jangan segan...

Hubungi Mesra Pelanggan Anda:

PM: SufiahNoor Nordin
SMS|WhatsApp: 0192262939
email:nsufiah@gmail.com