Wednesday 23 May 2012

Pilihan Supplement Sesuai Untuk Ibu Menyusu

Sejak Bertahun-tahun lama nya kombinasi vitamin Shaklee yang dipercayai ini diperkenalkan kepada ibu-ibu yang telah pun menjayakan sesi penyusuan ibu.Alhamdullilah..Set ini semakin popular dan mendapat tempat dihati peminat Product Shaklee. Kepada mereka yang baru bergelar ibu, ini lah antara persiapan terpenting dalam listing anda.. InsyaAllah, berkat doa dan ikhtiar, Allah bantu segala urusan kita kelak..amin..

Yang masih tercari-cari set penyusuan berkualiti..Ini lah jawapan anda..

Empat kombinasi vitamin itu ialah:

1. Vitalea,Vitamin C, B complex dan Alfafa
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.

2. Vitalea,Vitamin C, B complex, Alfafa dan ostematric 


  • MengandungiMultivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.

3. Vitalea,Vitamin C, B complex dan Alfafa(extra alfafa)
  • Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.
4. Vitalea,Vitamin C, B complex , Alfafa , ostematric dan ESP.


  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.
Buat renungan bersama….

Sumber: Anakkuwiraku.com

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jadi apa tunggu lagi..
Dapatkan segera Kombinasi Menarik Pilihan anda disini.Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultansi secara PERCUMA..

Hubungi Mesra Pelanggan Anda:

PM: SufiahNoor Nordin
SMS|WhatsApp: 0192262939
email:nsufiah@gmail.com




Tuesday 22 May 2012

Keunikan Susu IBU

Oleh: Dr Syarifah Aisyah Syed Abd Halim, MBBCh, Universiti Ain Shams.
Al-Quran menganjurkan para ibu untuk menyusukan bayi mereka. Sebaik-baiknya sehingga si bayi berusia 2 tahun.
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…” (Al-Baqarah : 233)
Terdapat banyak hikmah yang terkandung di dalam ayat ini. Melalui ilham yang dikurniakan Allah pada manusia, maka kelebihan susu ibu sudah dapat diteroka dan dibuktikan pada hari ini.


Rata-rata kaum ibu memilih untuk menyusukan bayi mereka secara exclusive selama 6 bulan. Tapi masih ramai di luar sana yang beranggapan menyusukan bayi satu kerja yg remeh dan menyusahkan berbanding penyediaan susu fomula. Ada pula segelintir ibu yang terlalu cepat mengalah dengan keadaan sekeliling bagi menjayakan proses penyusuan susu ibu ini.

Alangkah rugi nya bagi ibu-ibu yang berkemampuan untuk menyusukan tidak mengambil ini sebagai salah satu pekara terpenting menjelang hari kelahiran bayi.

Di sini ingin saya kongsikan Kenapa Penyusuan Susu Ibu itu penting..

Kelebihan pada bayi
Susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi kerana mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi. Ianya mudah diserap  dan dihadam oleh system pencernaan bayi, selain dapat melindungi bayi dari serangan penyakit seperti cirit- birit. Manakala bayi yang mengalami jaundice (demam kuning), susu ibu merupakan penawar yang terbaik yang dapat mengeluarkan sisa bilirubin dari tubuh bayi.

Pada hari-hari awal kelahiran, kelenjar payudara akan mengeluarkan cecair kekuningan yang dinamakan kolostrum. Ada sesetengah ibu yang membuang susu ini kerana menyangkanya susu basi. Sebaliknya, kolostrum mengandungi zat khusus untuk bayi di awal kelahirannya. Antaranya, kaya dengan antibodi yang dapat melindungi bayi daripada serangan bakteria.

Melalui penyusuan susu ibu, terjalin hubungan kasih sayang yang erat antara ibu dan anak. Ini dapat memberi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan oleh bayi.  Bagi si ibu pula, penyusuan dapat melahirkan rasa kasih dan sedia berkorban buat anak tersayang.

Susu ibu bukan sahaja makanan semulajadi yang lengkap untuk tumbesaran bayi bahkan susu ibu merupakan makanan rohani dan akhlak. Seperti mana yang diketahui, makanan member kesan kepada sikap dan kelakuan manusia. Sebab itulah, si ibu bukan sahaja memberi makanan kepada bayi, tetapi juga mengalirkan pemikiran dan sikapnya dalam setiap titik susu yang diberikan kepada si anak.

Kelebihan pada ibu
Sepertimana bayi, ibu juga turut mendapat banyak kelebihan menerusi penyusuan susu badan.
Baginda Rasulullah SAW mengkhabarkan pada para ibu :
‘ Bagi hisapan pertama susu ibu kepada anaknya, si ibu mendapat ganjaran laksana ia memberikan nyawa kepada seorang manusia ‘

‘Setiap titisan susu ibu itu akan diganjari dengan satu pahala’
Rasulullah SAW turut memberi amaran keras pada para ibu yang tidak menyusukan anak mereka tanpa alasan yang kukuh contohnya jika si ibu khuatir jika hilang kecantikannya jika menyusu badan. Baginda menceritakan bahawa baginda melihat beberapa orang wanita yang dadanya digigit oleh ular-ular. Apabila ditanya, baginda diberitahu bahawa  wanita tersebut adalah wanita yang tidak menyusukan anak mereka.
Menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan merupakan agenda utama yang ingin dilaksanakan oleh para ibu. Menerusi penyusuan badan, si ibu dapat membakar lebih dari 600 kalori sehari. Seolah-olah si ibu melakukan senam aerobics elama 2 jam sehari!
Selain daripada itu, penyusuan susu ibu boleh menjarakkan kelahiran anak dan digunakan sebagai kaedah semula jadi  untuk merancang keluarga . Kaedah ini berkesan mencegah kehamilan, dengan syarat bayi berusia 6 bulan ke bawah dan disusukan secara ekslusif serta si ibu masih belum kedatangan kitaran haidnya.

Berita baik bagi wanita yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan dirinya. Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko serangan kanser payudara dan kanser ovari. Penyusuan susu ibu juga dapat mempercepat pengecutan rahim ke saiz dan bentuk asals ebelum mengandung.
Masyarakat hari ini semakin sedar akan kepentingan susu ibu. Lihat sahaja lambakan produk penyusuan di pasaran. Ada yang murah dan ada yang mahal. Semuanya bergantung pada kemampuan pembeli. Tujuannya untuk memudahkan dan memotivasikan si ibu untuk terus menyusukan si anak. Moga semua ibu menguatkan azam untuk memberi yang terbaik untuk si manja mereka.


Sumber: Laman Web ISMA Mesir



 Kebaikan Susu Ibu juga ia adalah bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu. sumber : mysupervitamin.com

Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu.

Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.

Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.
Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa.

Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.

Menyusu akan menyenangkan ibu. Ia tidak memerlukan rancangan, packing atau alatan menyusu formula.

Sumber: Alamhamil.com


Sunday 20 May 2012

Berita Baik Kepada Sesiapa yang Nak KURUS....

Kebanyakkan diet telah menjelaskan apa yang sepatutnya dimakan dan apa yang tak patut makan. Tapi rata-rata yang mahu kurus kan badan selalu terfikir cara yang lebih selamat untuk membakar lemak. Dr. Christopher Mohr, Pakar Pemakanan Sukan menyatakan, sebenarnya apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memberi tumpuan kepada semua yang anda makan termasuklah untuk cuba mendapatkan fizikal dan mental yang baik. Dr Mohr juga menjelaskan dalam setiap makanan yang diambil perlulah mengandungi nutrien yang terdiri daripada Vit D, Omega -3 dan serat.

Betul ke Omega-3 boleh bakar lemak. Cuba baca ini. Sumber dipetik dari http://mycutekids-myinspiration.blogspot.com/


''Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can't make them.''
extract from here

Macam mana fatty acid boleh bakar lemak ye? 

Omega-3 fats

Omega-3 fats help you burn fat by helping your body respond better to a hormone called Leptin (Leptin is the Greek word for thin

Leptin tells your body (your brain) to suppress your appetite making you eat less so you can maintain or lose weight

Leptin increases your metabolism by increasing your thyroid output (your thyroid regulates your metabolism) 

Leptin also causes your body to burn fat for energy so

If your body isn't responding well to Leptin then the reverse happens - You'll be hungrier, and you'll store more fat so… You can take Omega-3 fats to help your body respond much better to Leptin so you can increase your fat-burning metabolism and

Omega-3 fats are found in salmon, flaxseeds, nuts, Omega-3 supplements and these other 79 foods sources of Omega-3 fats and…

3 more ways Omega-3 fats help you lose weight is

  1. Omega-3 fats help you control your hunger by stabilizing your blood sugar levels 
  2. An Australian study showed that when people took Omega-3 fats while on an exercise program burned more fat than people who Only Exercised (without taking Omega-3 fats) and people who exercised & took other types of fat and…
  3. Studies done in Japan & The Czech republic suggest that Omega-3 fats prevent the creation of ugly body fat and these same studies suggested Omega-3 fats promote more fat burning.


Jadi apa tunggu lagi. selain dapat membakar lemak Omega-3 juga dapat membantu mengalakkan fungsi otak dan untuk kesihatan sistem saraf serta fungsi mata.Dapat kan Omega Guard Shaklee kerana.....

Apa yg special sangat Shaklee Omega Guard?.. Sila baca sebab dibwh...
credit
Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*
Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
sumber:
Shaklee website

 

Ok info berguna untuk dikongsikan bersama. Kita sambung di entry yang lain.

Your Shaklee Independent Distributor,
Sebarang pertanyaan,
pm SufiahNoor Nordin
sms/whatapps 0192262939
email healthystreet.gmail.com


Thursday 17 May 2012

Salam semua.
Harap-harap kalian semua sihat disamping orang-orang tersayang.
Saya baru lagi dalam dunia blogger ni..tapi keinginan utk berkongsi infomasi amat mendalam.Maka terhasil lah blog ini untuk tatapan kalian.
Sekadar berkongsi infomasi yang bagi saya memang sangat berguna kepada anda di luar sana.
Kenapa saya katakan begitu. Kerana saya telah alami nya dan saya amat berpuas hati. Juga saya panjat kan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi  kerana membuka pintu hati saya menceburi bidang ini...
Jadi siapa saya....?

I'm your



Kepada sesiapa yg berkehendakan Product Shaklee ni boleh la contact saya. Dan saya sedia membantu.Jangan segan - segan k..

PM : SufiahNoor Nordin| sms/whatsApp: 0192262939