Tuesday, 14 August 2012

TANDA TOKSIN BERLEBIHAN DALAM BADAN............

Kita mudah terdedah kepada BAHAYA TOKSIN melalui udara, makanan dan minuman. Jika toksin terlalu banyak dalam badan, masalah kesihatan boleh menyerang.


JOM kita semak tanda-tanda toksin berlebihan.

1. Sering letih dan lesu

2. Lemah daya tumpuan dan daya ingatan.

3. Sering alami sembelit dan cirit-birit.

4. Timbulnya jerawat dan bintik hitam.

5. Keguguran rambut dan kuku mudah rapuh.

6. Sering alami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk.

7. Cepat marah dan mudah murung.

8. Kitaran haid tidak normal.

9. Sering merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi.


PETUA-PETUA TRADISIONAL UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN
NAK KURANGKAN BERAT? INI PETUA-PETUANYA
Ini adalah petua-petua tradisional yang boleh diamalkan untuk menurunkan berat badan..Petua ni saya dapat daripada majalah RAPI BIL.62 keluaran 15 FEBRUARI 2007...
Jika anda seorang yang rajin mengamalkan petua-petua tradisional, mungkin anda boleh mencuba petua-petua ini;


1.MINUM AIR LIMAU NIPIS
CARANYA: Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya dalam gelas berisi air sejuk, masukkan dalam peti ais. Jadikannya minuman anda setiap kali selapas makan tengahari dan malam.

2. MINUM AIR ASAM JAWA
CARANYA: Ambil sebuku asam jawa dan ramas dalam segelas air. Masukkan dalam peti sejuk dan jadikan minuman selepas makan tengahari dan malam. (ps:saya dah pernah cuba cara ni, rasa sakit perut lepas minum) 

3. MINUM TEH CINA/TEH HIJAU
CARANYA: Jika anda tak berminat minum air limau atau air asam jawa, anda mungkin boleh mencuba teh cina. Bancuh seuncang teh cina, tambahkan serbuk kayu manis dan madu. 

4. NAK LANGSINGKAN BADAN SELEPAS BERSALIN
CARANYA: Ambil 5 halia bara (halia cina), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua bahan sampai lumat dan perahkan air limau nipis. Makan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.(ps: kalau lepas pantang pun still makan macam ni, memang boleh kurus rasanya)

5. NAK KURANGKAN PERUT BUNCIT
CARANYA: Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah diperah jusnya. Gaulkan bersama dan lumurkan di bahagian perut sebelum tidur, biarkan kering sampai pagi.

6. NAK KURANGKAN PERUT BUNCIT LAGI! 
CARANYA: Campur perahan air limau nipis bersama teh tanpa gula. Amalkan minum setiap hari.

SELAMAT MENCUBA petua-petua yang telah disenaraikan. Nak tahu berkesan ke tak kenala cuba sendiri..mana tahu anda boleh jadi macam ni...

DARI  GEBU DAH JADI SLIM




 7 JENIS MAKANAN YANG PERLU DIHADKAN  
PESAKIT DIABETIS...

1. Organ dalaman haiwan

2. Makanan laut seperti udang, kerang dan sotong

3. Kuning telur

4. Mentega, keju dan susu penuh krim

5. Kulit, lemak ayam atau lemak daging

6. Minyak kelapa dan santan

7. Minyak masak jenis 'polyunsaturated' contohnya minyak jagung, minyak soya dan minyak bunga matahari.

FAKTA TENTANG SERAT???

1. Diet yang bagus mesti mengandungi sekurang-kurangnya 25 - 30 gram serat dalam sehari. Kebanyakan rakyat Malaysia hanya menganbil 1/3 daripadanya.

2. Rakyat Amerika mengambil kira-kira 10 peratus serat sahaja. Statistik ini masih kekal sejak 100 tahun lalu.

3. Bran mempunyai kandungan serat tertinggi, kira - kira 25 - 45 peratus.

4. Serat membantu melembutkan najis dan memudahkan pembuangannya.

No comments:

Post a Comment