Tuesday, 10 July 2012

Tanda-tanda Tubuh Kekurangan VITAMIN

Sebenarnya, tubuh sering berkomunikasi dengan diri kita, cuma caranya sahaja yang berbeza serta sukar difahami seperti keadaan tubuh badan yang lemah, kulit kering dan sebagainya. Disebabkan itu, sering kali ia disalah erti dan dipandang remeh. Berikut disenaraikan beberapa signal atau tanda yang cuba disampaikan tubuh kepada kita apabila kekurangan vitamin.


KUKU MUDAH PATAH
~ Bila kuku patah, ia mungkin disebabkan kekurangan zat besi, zink dan asid lemak. Sebaik-baiknya cuba ambil lebih banyak makanan drpd sumber seperti daging, kekacang dan ikan. Jangan anggap remeh bila kuku sering patah. Elakkan membiarkan pekara ini berterusan kerana ia menunjukkan keadaan bahawa anda terkena penyakit tiroid.


MATA TERASA KERING
~ Sering kita terasa mata pedih dan kering. Sebenarnya, keadaan ini disebabkan oleh persekitaran kita dan air mata tidak dapat meliputi mata dengan baik. Atasi keadaan ini dengan mengambil vitamin A dan asid lemak pati. Ambil lebih banyak sayuran atau buah-buahan yang berwarnak hijau, kuning atau oren.


PECAH-PECAH DI BAHAGIAN HUJUNG MULUT
~ Kekurangan zat besi, vitamin B12, B6 dan asid folat boleh menyebabkan pecah-pecah di bahagian hujung mulut. Sebaik-baiknya anda mengambil daging, kekacang dan sayuran hujau.


BIBIR PECAH-PECAH
~ Bibir pecah-pecah sering dianggap sebagai tanda bahawa tubuh mengalami panas dalam. Selain itu ia disebabkan kerana kekurangan vitamin B2. Sebaik-baik nya ambil produk tenusu dan daging.


KULIT MEMERAH & WAJAH BERMINYAK
~ Kemungkinan, anda mengalami keadaan ini disebabkan oleh kekurangan vitamin B2, B6, zink atau asid lemak pati minyak. Cuba ambil lebih banyak ikan dan kerang.


JERAWAT
~ Timbul jerawat dibahagian wajah bukan sahaja disebabkan kekotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka, tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan vitamin B kompleks, Vitamin E, dan asid lemak pati. Untuk mengatasinya, ambil lebih banyak produk seperti daripada protien, makanan berbentuk bijirin dan makanan laut.


RAMBUT NIPIS
~ Kekurangan zat besi atau zink boleh menyebabkan rambut nipis. Ambil lebih banyak daging, kekacang, produk tenusu dan kerang.


KELEMUMUR
~ kulit kepala berminyak sertahimpunan kotoran yang melekat pada rambut boleh menyebabkan kelemumur. Selain itu, kekurangan vitamin C, B6, zink dan asid lemak esensial juga boleh menyebabkan kepala dipenuhi kelemumur. Cuba ambil lebih banyak buah-buahan seperti limau/oren, daging, ikan dan produk tenusu.


Mata Merah
~ Mata merah sering dianggap mata letih atau akibat debu atau habuk yang masuk kedalam mata. Namun, mata yang merah juga menandakan bahawa anda kekurangan vit A dan B2. Sebaik-baiknya ambil produk susu, daging buah atau sayuran berwarna oren dan hijau.


LUKA LAMBAT SEMBUH
~ kemungkinan, anda kekurangan zink. Lebih baik anda mengamalkan pemakanan yang bersumberkan susu dan kerang agar dapat mengatasi masalah ini.






credit Mingguan Wanita April 2010



No comments:

Post a Comment