Tuesday, 22 May 2012

Keunikan Susu IBU

Oleh: Dr Syarifah Aisyah Syed Abd Halim, MBBCh, Universiti Ain Shams.
Al-Quran menganjurkan para ibu untuk menyusukan bayi mereka. Sebaik-baiknya sehingga si bayi berusia 2 tahun.
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…” (Al-Baqarah : 233)
Terdapat banyak hikmah yang terkandung di dalam ayat ini. Melalui ilham yang dikurniakan Allah pada manusia, maka kelebihan susu ibu sudah dapat diteroka dan dibuktikan pada hari ini.


Rata-rata kaum ibu memilih untuk menyusukan bayi mereka secara exclusive selama 6 bulan. Tapi masih ramai di luar sana yang beranggapan menyusukan bayi satu kerja yg remeh dan menyusahkan berbanding penyediaan susu fomula. Ada pula segelintir ibu yang terlalu cepat mengalah dengan keadaan sekeliling bagi menjayakan proses penyusuan susu ibu ini.

Alangkah rugi nya bagi ibu-ibu yang berkemampuan untuk menyusukan tidak mengambil ini sebagai salah satu pekara terpenting menjelang hari kelahiran bayi.

Di sini ingin saya kongsikan Kenapa Penyusuan Susu Ibu itu penting..

Kelebihan pada bayi
Susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi kerana mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi. Ianya mudah diserap  dan dihadam oleh system pencernaan bayi, selain dapat melindungi bayi dari serangan penyakit seperti cirit- birit. Manakala bayi yang mengalami jaundice (demam kuning), susu ibu merupakan penawar yang terbaik yang dapat mengeluarkan sisa bilirubin dari tubuh bayi.

Pada hari-hari awal kelahiran, kelenjar payudara akan mengeluarkan cecair kekuningan yang dinamakan kolostrum. Ada sesetengah ibu yang membuang susu ini kerana menyangkanya susu basi. Sebaliknya, kolostrum mengandungi zat khusus untuk bayi di awal kelahirannya. Antaranya, kaya dengan antibodi yang dapat melindungi bayi daripada serangan bakteria.

Melalui penyusuan susu ibu, terjalin hubungan kasih sayang yang erat antara ibu dan anak. Ini dapat memberi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan oleh bayi.  Bagi si ibu pula, penyusuan dapat melahirkan rasa kasih dan sedia berkorban buat anak tersayang.

Susu ibu bukan sahaja makanan semulajadi yang lengkap untuk tumbesaran bayi bahkan susu ibu merupakan makanan rohani dan akhlak. Seperti mana yang diketahui, makanan member kesan kepada sikap dan kelakuan manusia. Sebab itulah, si ibu bukan sahaja memberi makanan kepada bayi, tetapi juga mengalirkan pemikiran dan sikapnya dalam setiap titik susu yang diberikan kepada si anak.

Kelebihan pada ibu
Sepertimana bayi, ibu juga turut mendapat banyak kelebihan menerusi penyusuan susu badan.
Baginda Rasulullah SAW mengkhabarkan pada para ibu :
‘ Bagi hisapan pertama susu ibu kepada anaknya, si ibu mendapat ganjaran laksana ia memberikan nyawa kepada seorang manusia ‘

‘Setiap titisan susu ibu itu akan diganjari dengan satu pahala’
Rasulullah SAW turut memberi amaran keras pada para ibu yang tidak menyusukan anak mereka tanpa alasan yang kukuh contohnya jika si ibu khuatir jika hilang kecantikannya jika menyusu badan. Baginda menceritakan bahawa baginda melihat beberapa orang wanita yang dadanya digigit oleh ular-ular. Apabila ditanya, baginda diberitahu bahawa  wanita tersebut adalah wanita yang tidak menyusukan anak mereka.
Menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan merupakan agenda utama yang ingin dilaksanakan oleh para ibu. Menerusi penyusuan badan, si ibu dapat membakar lebih dari 600 kalori sehari. Seolah-olah si ibu melakukan senam aerobics elama 2 jam sehari!
Selain daripada itu, penyusuan susu ibu boleh menjarakkan kelahiran anak dan digunakan sebagai kaedah semula jadi  untuk merancang keluarga . Kaedah ini berkesan mencegah kehamilan, dengan syarat bayi berusia 6 bulan ke bawah dan disusukan secara ekslusif serta si ibu masih belum kedatangan kitaran haidnya.

Berita baik bagi wanita yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan dirinya. Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko serangan kanser payudara dan kanser ovari. Penyusuan susu ibu juga dapat mempercepat pengecutan rahim ke saiz dan bentuk asals ebelum mengandung.
Masyarakat hari ini semakin sedar akan kepentingan susu ibu. Lihat sahaja lambakan produk penyusuan di pasaran. Ada yang murah dan ada yang mahal. Semuanya bergantung pada kemampuan pembeli. Tujuannya untuk memudahkan dan memotivasikan si ibu untuk terus menyusukan si anak. Moga semua ibu menguatkan azam untuk memberi yang terbaik untuk si manja mereka.


Sumber: Laman Web ISMA Mesir



 Kebaikan Susu Ibu juga ia adalah bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu. sumber : mysupervitamin.com

Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu.

Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.

Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.
Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa.

Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.

Menyusu akan menyenangkan ibu. Ia tidak memerlukan rancangan, packing atau alatan menyusu formula.

Sumber: Alamhamil.com


No comments:

Post a Comment